Maxis E Kelas, 13 April 2019
14 April 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2019, Pusat Internet Kodiang telah mengadakan sesi E-Kelas bagi subjek Matematik & Sains untuk pelajar darjah 6, tingkatan 3, tingkatan 4, dan tingkatan 5.
Pengajaran yang disampaikan merangkumi topik-topik matapelajaran Sains & Matematik yang diajar di sekolah. Terdapat beberapa aktiviti & eksperimen yang dijalankan. Antaranya ialah eksperimen “mencipta litar elektrik di atas kertas”, “aktiviti engineer muda” dan “aktiviti kotak rubah”.
Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan mereka dikehendaki melakukan aktiviti dan eksperimen mengikut arahan yang diberikan oleh guru E-Kelas. Setiap hasil aktiviti dan eksperimen mereka harus dimuat naik ke portal E-Kelas untuk tujuan pemarkahan. Seramai 21 orang pelajar telah hadir untuk sesi E-Kelas kali ini.
Prestasi pembelajaran mereka akan dinilai dan diberi ganjaran hadiah sebagai memberi galakan kepada pelajar untuk hadir dalam E-Kelas.
Sesi ini berjalan lancar tanpa sebarang masalah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: